Sunday, December 11, 2011

running man

haha...
penat nya jd cameraman....lebih penat dri pemain running man...lbih baik aq jd pemain running man dri jd cameraman tp best juga jd cameraman sbb ada juga rehat nya...hihihi
game catching dan hiding pling best haha...ia mula berkejaran d senQ...
pling lucu ramai org tengok naq rsa drng hairan jak sbb pemain b'larian n b'teriakkan...hahaha
kmi ni yg cameraman ni pun ikut b'lari sma pemain...sdah lah drng 2 laju lari hampus kmi d bt nya oleh drang.. ish..ish..ish..
satu lg perkara yg melucukan ......
salah satu org pompuan dri kumpulan catching msuk ke tandas laki2 utk tangkap satu org laki dri kumpulan hiding..haha..takajut 2 mak cik tandas cam mhu mrah x jugak cam mhu teriak x juga...
takajut org d dlm tandas laki2 2...sampai g2 dya dya bt utk menang
ish...ish...ish...
lau mhu thu cam mna nak main games catching n hiding...gni cra nya..

RUNNING MAN akan dibahagikan kepada dua kumpulan..Kumpulan pertama terdiri daripada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan yang diberi nama ‘CATCHING’..Kumpulan kedua pula terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan yang diberi nama ‘HIDING’..Masa yang diberikan 1 jam 30 minit..(bilangan ahli kumpulan bebas)

Kumpulan CATCHING akan diberi satu misi yang perlu mereka selesaikan..Misinya adalah mencari ahli-ahli kumpulan HIDING dan mencabut tag nama yang terlekat di belakang mereka..Misi mereka berjaya jika mereka dapat menyingkirkan kesemua ahli kumpulan HIDING..

Kumpulan HIDING juga akan diberi misi..Mereka harus mencari keenam-enam ‘Running Dice’ yang telah disembunyikan..Mereka harus mencari keenam-enam ‘Running Dice,sebelum tag nama mereka dicabut oleh kumpulan CATCHING..Tag nama ahli yang sudah dicabut akan disingkirkan..
ish...ish...ish...
games seterusnya games protect the boss..
ni best....hihihihi gni cara permainannya...

Dua belas ahli RUNNING MAN akan dibahagi kepada tiga kumpulan..Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli iaitu,2 lelaki dan 2 perempuan..Ketiga-tiga kumpulan akan bergerak ke tempat yang berlainan..(bilangan ahli bebas)

Setiap satu kumpulan akan ada seseorang yang menjadi ‘BOSS’..BOSS akan ditentukan oleh pengarah..BOSS mesti dirahsiakan identitinya daripada kumpulan lain..

Setiap kumpulan akan bergerak ke tempat lain yang mana mereka mesti melaksanakan satu misi di setiap tempat yang mereka pergi..Misi harus dilaksanakan untuk mendapatkan petunjuk identiti BOSS kumpulan yang lain..

Misi pertama ialah sebut beberapa ayat sepantas yang mungkin..Masa yang diperuntukkan adalah 25 saat..Peluang akan diberi 3 kali..Jika gagal,perlu tunggu selama 10 minit untuk mula balik..

Misi kedua ialah memanah..Mereka harus memanah untuk mendapatkan 30 markah..Peluang akan diberi sebanyak 3 kali..Jika gagal,perlu tunggu selama 20 minit untuk mula balik..

Misi ketiga pula ialah lumba kereta..Peserta harus berlawan lumba kereta..Jika kesemua kumpulan dapat menyelesaikan ketiga-tiga misi,mereka akan diberi petunjuk siapakah BOSS untuk kumpulan lain..

misi adalah bebas..hihi..kmi pun ubah...

Game PROTECT THE BOSS bermula..Setiap kumpulan akan ada seorang BOSS yang patut dilindungi..Ahli yang lain perlu melindungi BOSS mereka supaya tag nama tidak tercabut.. Setiap kumpulan perlu mencabut tag nama BOSS kumpulan lain..Jika tersalah cabut tag nama, orang itu akan tersingkir..Apabila tag nama BOSS dicabut,kumpulan tersebut akan tersingkir...

haha...
best gilak ni game..kmi bt ni games kat 1b...satu 1b riuh oleh kmi hahaha....
harap nnti ada lg games cam gni d bt..ihhi
conform aq ikut..
itu saja cite saya tuk kali ni...

No comments:

Post a Comment